Home

WhatsApp Image 2020-01-29 at 15.23.33

Assalamualaikum. Saya Laila Yusof, seorang lulusan Ijazah Sarjana Muda bidang Perakaunan (UiTM Shah Alam), MSc Islamic Finance & Management (Durham University, UK) dan kini seorang pelajar PhD dalam bidang perakaunan (UIAM). Seorang isteri, ibu kepada 2 cahayamata dan seorang kaki bisnes tegar sejak 2013.

 

PENGALAMAN SAYA DALAM BISNES

Saya telah memulakan bisnes online secara tidak sengaja pada tahun 2013, ketika mengandungkan anak pertama. Setelah berjaya menjual Set Botol susu Avent original yang dibeli di UK, saya telah melangkah ke hadapan dengan mengambil stok dari UK dan menjualnya secara online, terutama di platform mudah.my. Saya berjaya membuat untung bersih sebanyak RM2000 ketika di dalam pantang anak pertama sahaja (UNTUNG, bukan SALE – jangan silap!). Bukan nak cerita pasal untung tapi nak cerita saya calculate UNTUNG BERSIH dengan betul, setelah mengambil kira semua cost yang terlibat.

Fast forward ke 7 tahun kemudian, saya telah mempunyai pengalaman berniaga jual persendirian produk yang dibeli sendiri dari UK, jual produk buy-and-repack, sebagai dropshipper, sebagai ejen, sebagai stokis, dan juga sebagai founder produk sendiri

Bagaimana saya begitu yakin untuk mencuba pelbagai produk dengan pelbagai level?

Kerana UTAMANYA – saya mahir mengira kos dan membuat rekod teratur, jadi sebarang keputusan yang diambil semuanya ada asas yang kukuh (of course, ilmu marketing dan sales adalah WAJIB juga). 

 

KENAPA SAYA NAK BUAT KELAS?

Dalam pengalaman saya berniaga secara online (alhamdulillah sudah masuk tahun ke 7), saya dapati ramai rakan-rakan bisnes lain masih belum tahu cara mengira kos dengan tepat (kalau kos pun tak kira dengan betul  CONFIRM untung pun salah kira). Mereka juga mengadu pelbagai masalah lain iaitu

1. Dah berniaga lama tapi tak nampak bayang untung

2. Rasa macam sale kencang tapi tak tau ke mana duitnya

3. Duk berkira-kira nak jadi ejen atau mula bisnes baru, tapi TAK MULA-MULA sebab tak tau nak expect untung ke tidak. Nak redah je, kerugian sebelum-sebelum ni pun tak habis nangis lagi

4. Rasa macam serabut sangat bisnes sekarang ni sebab tak tau hujung pangkal. Nak refer rekod, memang takde lah. Yang ada rekod pun tak tau nak manfaatkan macam mana

Ramai yang macam ni. Depan orang memang gah, tapi hakikatnya di belakang, diri sendiri je yang tahu macam mana perasaan dihantui keraguan dek kerana takde rekod bisnes yang betul. Sudahnya caca marba jadinya!

Sebab itu saya nak buat kelas untuk guide anda, bisnesman/woman kecil-kecilan ni. Buat masa ini (tahun 2020) saya ingin memulakan dengan kelas basic terlebih dahulu – iaitu ASAS SIMPAN KIRA (bukan double entry bookkeeping).

 

Boleh klik gambar di bawah untuk baca lebih lanjut – samada kelas ini SESUAI atau SESUAI SANGAT untuk anda

 

KELAS ASAS SIMPAN KIRA (4)
 
 
 
Create your website at WordPress.com
Get started